Selasa, 19 September 2017 | 1:36pm
TAN Sri Muhammad Ibrahim memberi ucapan pada Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembangunan di Sasana Kijang hari ini.- Foto BERNAMA

Garis panduan mata wang crypto sebelum akhir tahun

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang crypto sebelum akhir tahun ini.

Mata wang crypto ialah sejenis sistem pembayaran secara digital.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, garis panduan itu akan menumpukan kepada anti-pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Beliau berkata, mata wang crypto mendapat perhatian bank pusat seluruh dunia.

"Di Malaysia kita sedang melihat kepada butiran lanjut untuk mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang crypto," katanya.

Beliau berkata demikian pada Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembangunan di sini, hari ini.

3153 dibaca
Berita Harian X