Rabu, 27 September 2017 | 7:00pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.35 mata kepada 1,764.24 daripada 1,765.59 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.03 mata kepada 1,767.62 dan bergerak antara 1,762.09 dan 1,768.19 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran positif dengan 401 kaunter untung dan 376 kaunter rugi, manakala 414 kaunter tidak berubah, 661 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanapun susut kepada 2.21 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 3.69 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Selasa.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing naik dua sen kepada RM9.82 dan RM20.58, manakala TNB dan CIMB, masing-masing turun empat sen kepada RM14.36 dan RM6.30.

Sime Darby dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot tiga sen kepada RM9.01 dan RM7.29, manakala IHH Healthcare jatuh dua sen kepada RM5.83.

Indeks FBM Emas merosot 5.43 mata kepada 12,562.31, Indeks FBMT 100 susut 7.87 mata kepada 12,217.47, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 2.68 mata kepada 12,781.2 dan FBM 70 turun 4.06 mata kepada 14,972.19.

FBM Ace, bagaimanapun, naik 18.81 mata kepada 6,541.71.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 11.71 mata kepada 7,862.98 dan Indeks Kewangan merosot 4.17 mata kepada 16,639.42. Indeks Perusahaan naik 3.33 mata kepada 3,214.12.

Antara kaunter aktif, Hubline dan Frontken, masing-masing menambah satu sen kepada 11 sen dan 40.5 sen, Tiger Synergy tidak berubah pada enam sen, Hibiscus Petroleum jatuh 1.5 sen kepada 65 sen dan Sapura Energy susut 10 sen kepada RM1.61.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.78 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 3.08 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 299.98 juta saham bernilai RM81.18 juta daripada 387.87 juta saham bernilai RM83.26 juta semalam.

Waran susut kepada 126.84 juta unit bernilai RM11.19 juta daripada 222.76 juta unit bernilai RM20.13 juta pada Selasa.

Barangan pengguna menyumbang 37.82 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (429.22 juta), pembinaan (57.96 juta), perdagangan dan perkhidmatan (932.10 bilion), teknologi (66.51 juta), infrastruktur (7.61 juta), SPAC (1.19 juta), kewangan (72.85 juta), hotel (732,200), hartanah (152.46 juta), perladangan (10.79 juta), perlombongan (5,100), REIT (9.74 juta), dan dana tertutup (7,700). - BERNAMA

Berita Harian X