Khamis, 12 Oktober 2017 | 1:21pm

Bursa akhiri sesi pagi rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, sungguhpun dibuka lebih kukuh, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.20 mata kepada 1,753.01, selepas bergerak antara 1,753.01 dan 1,760.32 sepanjang pagi.

Ia dibuka 3.11 mata lebih tinggi pada 1,761.12 daripada 1,757.21 penutup Rabu.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 377 berbanding 368 dengan 362 tidak berubah, 753 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 2.45 bilion saham bertukar tangan bernilai RM976.72 juta

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank dan Petronas Chemicals susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM9.54 dan RM7.31, Sime Darby turun tiga sen kepada RM9.06, TNB turun 10 sen kepada RM14.10, manakala Public Bank mendatar pada RM20.56.

Dalam kalangan kaunter aktif, MNC menambah 2.5 sen pada 11.5 sen, Asiamet naik 11 sen kepada 27.5 sen, Permaju Industries naik dua sen kepada 37.5 sen, Key Asic menokok 3.5 sen kepada 30.5 sen, dan APFT mendatar pada 2.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X