Selasa, 14 November 2017 | 7:46am

Wall Street mengukuh

NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengukuh Isnin menyaksikan kejatuhan ketara dalam saham General Electric, tetapi ia diimbangi sektor dividen tinggi termasuk produk pengguna dan utiliti.

General Electric mengurangkan dividen sebanyak 50 peratus selain turun merendahkan unjuran keuntungan, sementara mendedahkan rancangan mengurangkan tumpuan terhadap penerbangan, kuasa dan penjagaan kesihatan.

Saham General jatuh 7.2 peratus kepada AS$19.02 selepas mencecah paras terendah lebih lima tahun AS$18.75.

Dow Jones Industrial Average menokok 17.49 mata, atau 0.07 peratus, kepada 23,439.7.

S&P 500 menambah 2.54 mata, atau 0.10 peratus, kepada 2,584.84.

Nasdaq Composite naik 6.66 mata, atau 0.1 peratus, kepada 6,757.60.

Sejumlah 6.18 bilion saham bertukar tangan. - Reuters

61 dibaca
Berita Harian X