Jumaat, 24 November 2017 | 9:29am

Penurunan inventori lonjak harga minyak

CALGARY: Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun dalam dagangan kecil pada Khamis.

Ia berikutan penutupan loji bekalan minyak mentah utama dari Kanada dan penurunan inventori bahan api menunjukkan keadaan pasaran yang semakin ketat walaupun peningkatan bekalan berlaku daripada pengeluar AS.

West Texas Intermediate naik 54 cents kepada AS$58.56 setong, ditutup hampir kepada paras tertinggi dalam dua tahun iaitu AS$58.58 pada sesi terdahulu.

Brent ditutup pada AS$63.55 setong, naik 23 cents daripada penutup sebelumnya.

Jumlah dagangan adalah kecil kerana cuti Hari Kesyukuran di AS. - Reuters

231 dibaca
Berita Harian X