Isnin, 27 November 2017 | 6:21pm

Harga minyak dunia susut

SINGAPURA: Harga minyak mentah global merosot semalam, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merekodkan paras dua tahun tertinggi terhadap prospek peningkatan output.

Data pasaran saham China yang lemah turun menekan pasaran minyak mentah, kata peniaga.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan AS$58.47 satu tong pada 0750 GMT, turun 48 sen atau 0.8 peratus, daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagang AS$63.68 satu tong, turun 21 sen atau 0.3 peratus.

Syarikat tenaga AS minggu lalu menambah loji minyak dengan jumlah bulanan meningkat buat kali pertama sejak Julai kepada 747 loji, kerana pengeluar tertarik dengan kenaikan harga minyak mentah.

WTI mencecah paras tertinggi 2015 pada Jumaat kepada AS$59.05 satu tong, sebahagiannya didorong oleh penutupan saluran paip 590,000 btd Keystone yang menghubungkan ladang pasir minyak Kanada dengan Amerika Syarikat akibat tumpahan, yang menyebabkan kekurangan bekalan.

Di pasaran global, Brent mengukuh berbanding WTI berikutan usaha oleh Pertubuhan Pengeksport Negara Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Russia, untuk memotong 1.8 juta tong sehari sejak Januari. - Reuters

Berita Harian X