Jumaat, 1 Disember 2017 | 10:19am

Saham Asia naik

TOKYO: Saham Asia menokok pagi ini dilonjakkan oleh kenaikan di Wall Street selepas Rang Undang-Undang Percukaian Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemajuan ia akan diluluskan Senat.

Indeks meluas MSCI merangkumi saham di Asia Pasifik kecuali Jepun menokok 0.1 peratus.

Bagi minggu ini, ia 2.6 peratus lebih rendah.

Indeks Nikkei naik 0.8 peratus pada awal dagangan, berada di landasan untuk menokok 1.6 peratus minggu ini.

"Nikkei mendapat lonjakan daripada pengukuhan dolar AS, manakala tumpuan utama pasaran kini ialah sama ada rang undang-undang percukaian akan melepasi Senat atau tidak," kata Yutaka Miura, penganalisis teknikal kanan di Mizuho Securities di Tokyo.

Di Wall Street, indeks utama mencatat peningkatan, dengan sentimen dilonjakkan kemajuan positif terhadap perjalanan rang undang-undang itu.

Indeks S&P 500 mencecah rekod penutup tertinggi manakala Dow Jones melepasi paras 24,000 mata buat pertama kalinya.

Peluang rang undang-undang reformasi percukaian itu diluluskan Senat semakin tinggi apabila Senator Republikan John McCain menyokongnya.

Berita sokongan yang diberikan McCain itu melonjak pulangan bon perbendaharaan AS ke paras tertinggi lima minggu. - Reuters

Berita Harian X