Khamis, 7 Disember 2017 | 7:36am

Harga minyak tolak turun Wall Street

NEW YORK: Indeks S&P 500 Rabu turun sedikit, dengan Microsoft dan saham teknologi lain mencatat kenaikan kecil.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak dapat mengimbangi kejatuhan harga dalam saham tenaga selepas harga minyak jatuh lebih dua peratus.

Saham Microsoft, Facebook dan syarikat induk Google, Alphabet, menokok lebih satu peratus.

Harga minyak mencecah terendah dua tahun selepas kenaikan mengejutkan dalam inventori di Amerika Syarikat (AS).

Schlumberger, Exxon dan Chevron susut antara 0.6 peratus dan 2.17 peratus.

Dow Jones Industrial Average ditutup 0.16 peratus lebih rendah pada 24,140.91.

S&P 500 turun 0.01 peratus kepada 2,629.27.

Nasdaq Composite menambah 0.21 peratus kepada 6,776.38.

Sekitar 6.3 bilion saham bertukar tangan, lebih rendah berbanding 6.6 bilion purata harian 20 hari dagangan, demikian menurut data Thomson Reuters. - Reuters

122 dibaca
Berita Harian X