Jumaat, 8 Disember 2017 | 7:32am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih tinggi semalam, dipacu syarikat teknologi popular termasuk Facebook dan Alphabet, manakala saham penjual seluar yoga Lululemon Athletica turut naik.

Dow Jones Industrial Average menokok 70.57 mata, atau 0.29 peratus, kepada 24,211.48.

S&P 500 menambah 7.71 mata, atau 0.29 peratus, kepada 2,636.98.

Nasdaq Composite naik 36.47 mata, atau 0.54 peratus, kepada 6,812.84. Reuters

107 dibaca
Berita Harian X