Jumaat, 8 Disember 2017 | 9:28am

Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dengan kembalinya minat membeli dan selari prestasi kukuh semalaman di Wall Street.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat 3.02 mata atau 0.18 peratus lebih tinggi pada 1,722.07 daripada 1,719.05 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 2.23 mata lebih tinggi pada 1,721.28.

Sementara itu, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 127 berbanding 83 manakala 155 tidak berubah dengan 1,498 tidak berubah dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 92.45 juta saham bertukar tangan bernilai RM55.96 juta. - BERNAMA

66 dibaca
Berita Harian X