Khamis, 14 Disember 2017 | 12:56pm

Kontrak Brent naik kepada AS$62.84 setong

SINGAPURA: Harga minyak meningkat pada Khamis, didorong kejatuhan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS), walaupun kenaikan output dihadkan lebih jauh daripada paras tertinggi 2015 yang dicapai awal minggu ini.

 

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$56.81 setong pada 0123 GMT, naik 21 cents, atau 0.4 peratus, daripada sesi penutup terakhirnya.

 

Niaga hadapan Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$62.84 setong, naik 40 cents atau 0.6 peratus daripada sesi penutup terakhirnya.

 

Bekalan minyak mentah AS susut kepada 5.1 juta tong pada minggu berakhir 8 Disember, penurunan minggu keempat berturut-turut, kepada 442.99 juta tong, paras terendah sejak Oktober 2015. 

 

Walaupun kenaikan itu, Brent kekal rendah daripada paras AS$65.83 setong, paras tertinggi Jun 2015 yang dicapai awal minggu ini.

 

Ia mencapai ke paras itu berikutan saluran Forties di lautan utara ditutup selepas terdapat kesan retakan.

- Reuters

146 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »