Rabu, 20 Disember 2017 | 10:22pm

Saham AS beri petunjuk kukuh

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk keuntungan kukuh di Wall Street pada dagangan awal pagi Rabu selepas Dewan Negara meluluskan rang undang-undang cukai bernilai AS$1.5 trilion.

Rang undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian 58 berbanding 48.

Pembaharuan yang dicadangkan itu termasuklah mengurangkan kadar cukai korporat kepada 21 peratus daripada 35 peratus bermula 1 Januari depan dan ia dijangka menjadi pemacu utama pendapatan bagi tahun 2018.

Dalam dagangan awal, S&P 500 naik 7.5 mata atau 0.28 peratus dengan 147 kontrak bertukar tangan.

Indesk Komposit Nasdaq naik 22.25 mata atau 0.34 peratus dengan 27 kontrak.

Indeks Purata Perindustrian Dow pula nai 76 mata atau 0.31 peratus dengan lima kontrak bertukar tangan.

- Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X