Selasa, 26 Disember 2017 | 10:45am

Brent menghampiri paras tertinggi 2015

SINGAPURA: Harga minyak stabil hari ini dengan kontrak Brent menghampiri paras tertinggi 2015 di sebalik prospek permintaan yang kukuh.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS$58.50 setong pada 0141 GMT, naik 3 cent daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan Brent pada AS$65.25 setong, tidak berubah daripada sesi sebelumnya, namun menghampiri paras AS$65.83 setong yang dicatat pada 12 Disember lalu, tertinggi sejak Jun 2015.

Brent meningkat sebanyak 47 peratus sejak pertengahan tahun 2017. - Reuters

196 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »