Rabu, 27 Disember 2017 | 10:52am

Harga minyak susut daripada paras tertinggi 2015

SINGAPURA: Harga minyak susut sedikit daripada paras tertinggi dua setengah tahun yang direkodkan pada sesi sebelumnya apabila sambungan secara berperingkat menerusi saluran paip minyak mentah Laut Utara dibuka berikutan gangguan bekalan di Libya.

Pada 0210 GMT, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$59.74 setong, turun 23 cent daripada penyelesaian terakhir.

WTI mencecah paras AS$60 setong untuk kali pertama sejak Jun 2015 pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$66.66 setong, turun 36 cent. Brent mencecah paras AS$67 buat kali pertama sejak Mei 2015, semalam.

Sambungan berperingkat oleh Forties membantu mengurangkan tekanan selepas serangan ke atas saluran paip Libya menyebabkan terputus bekalan hampir 100,000 tong sehari. - Reuters

415 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »