Selasa, 16 Januari 2018 | 10:42pm
- Gambar hiasan

Dow Jones lonjak lebih 200 mata

NEW YORK: Niaga hadapan Dow Jones Industrial Average melonjak lebih 200 mata pada Selasa, memberi petunjuk bahawa indeks itu akan dibuka di atas paras 26,000 mata untuk kali pertama susulan laporan suku keempat.

Pada 8.28 pagi ET (1328 GMT), e-mini Dow naik 208 mata atau 0.81 peratus dengan 77,188 kontrak bertukar tangan.

Jika Dow mencecah paras 26,000 mata pada Selasa, ia menandakan kenaikan 1,000 mata paling pantas. Ia berakhir di atas paras 25,000 mata pada 4 Januari lalu.

E-mini S & P 500 naik 12.5 mata, atau 0.45 peratus, dengan 312,460 kontrak diniagakan.

E-mini Nasdaq 100 naik 38.75 mata, atau 0.57 peratus, dengan jumlah 72,029 kontrak. - Reuters

139 dibaca
Berita Harian X