Isnin, 16 April 2018 | 1:16pm

Bursa Malaysia akhiri sesi pagi lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bertukar bulis dan mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dipacu pembelian dalam kaunter berkaitan indeks perdagangan dan perkhidmatan.

Pada Tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 3.53 mata lebih kukuh pada 1,872.0 daripada 1,868.47 penutup Jumaat, selepas bergerak antara 1,867.21 dan 1,873.30 sepanjang sesi.

Indeks itu dibuka 0.22 mata lebih tinggi pada 1,868.69.

Sejumlah 1.59 bilion saham bertukar tangan bernilai RM811.51 juta.

Antara kaunter perdagangan dan perkhidmatan, GenM menambah 14 sen kepada RM5.22, TM menokok 15 sen kepada RM5.57, PetDag naik 54 sen kepada RM26.02, dan TNB naik dua sen kepada RM15.90. - BERNAMA

Berita Harian X