Rabu, 18 April 2018 | 2:55pm

Bursa Malaysia susut akhiri sesi pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada tengah hari, diheret turun oleh jualan saham perladangan dan saham bermodal kecil.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.75 mata kepada 1,876.74 berbanding 1,880.49 pada penutupan Selasa, dengan indeks bergerak antara 1,876.05 dan 1,884.84 di sepanjang dagangan pagi.

Indeks dibuka 3.5 mata lebih tinggi kepada 1,883.99.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 523 berbanding 235, manakala 319 kaunter tidak berubah, 835 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.31 bilion unit bernilai RM793.01 juta.

Seorang peniaga berkata, kedudukan harga terkini yang mencatatkan kerugian enam hari berturut-turut berdasarkan unjuran pertumbuhan permintaan yang perlahan, menjejaskan sentimen dalam pasaran.

FBM Minyak Sawit susut 154.02 kepada 14,417.68.

Bagi kaunter berkaitan minyak sawit, GenP susut enam sen kepada RM9.92, FGV turun dua sen kepada RM1.82, KLK susut lapan sen kepada RM25.46 manakala UTDPLT kekal pada RM28.40.

Antara kaunter berkaitan indeks, Maybank dan Tenaga masing-masing susut dua sen kepada RM10.60 dan RM15.92, PChem turun tiga sen kepada RM8.48, CIMB turun satu sen kepada RM7.29 manakala PBBank tidak berubah pada RM23.98.

Bagi kaunter rugi, KESM susut 86 sen kepada RM16.94, BAT dan PetronM masing-masing merosot 22 sen kepada RM22.78 dan RM8.28, Kossa turun 21 sen kepada RM7.26 danDLady susut 18 sen kepada RM67.0.

Bagi kaunter aktif, PUC dan Hubline masing-masing menokok setengah sen kepada 27.5 sen dan 12 sen, SapNRG turun 3.5 sen kepada 73.5 sen, SKH susut satu sen kepada lapan sen, manakala Iris tidak berubah pada 18 sen.

Indeks FBM Emas susut 32.27 mata kepada 13,125.49, Indeks BMT 100 turun 27.42 mata kepada 12,928.12 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 39.33 mata kepada 13,320.62.

FBM Ace turun 27.25 mata kepada 5,507.44 dan FBM 70 susut 38.68 mata kepada 15,654.71.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 30.74 mata kepada 18,318.49, Indeks Perusahaan turun 7.90 mata kepada 3,233.21, manakala Indeks Perladangan susut 10.5 mata kepada 8,029.81.

-- BERNAMA

Berita Harian X