Jumaat, 4 Mei 2018 | 10:21am

Brent naik kepada AS$73.67 setong

BEIJING: Harga minyak meningkat sedikit hari ini, meneruskan kenaikan sederhana pada sesi sebelumnya disokong peningkatan risiko geopolitik menerusi kemungkinan sekatan baru Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) menambah tiga cent kepada AS$68.46 setong pada 0040 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$73.67 setong, naik lima cent atau 0.1 peratus daripada penutup terakhir.

Menteri Luar Iran, berkata permintaan AS untuk mengubah perjanjian nuklear pada 2015 dengan kuasa dunia tidak boleh diterima, dengan tarikh akhir yang ditetapkan Presiden AS, Donald Trump ke atas Eropah untuk 'memperbetulkan' perjanjian.

"Harga semasa mencerminkan premium kepada ketidaktentuan Iran. Pelabur bimbang tentang pembekalan selepas Iran mengambil pendirian tegas dalam tindak balas terhadap AS," kata Ketua Penyelidik Minyak Mentah Guotai Junan Futures, Wang Xiao yang menambah harga mungkin susut jika jangkaan sekatan baru berkurangan.

Kuasa Eropah masih mahu menyerahkan rancangan kepada Trump bagi menyelamatkan perjanjian nuklear Iran minggu depan, namun mereka juga perlu melakukan sesuatu untuk melindungi perniagaan Kesatuan Eropah-Iran jika Trump mengancam menarik diri, kata enam sumber kepada Reuters.

Pasaran kekal kukuh memandangkan tarikh akhir 12 Mei adalah untuk memperbaharui pendekatan perjanjian, kata ANZ Research dalam nota penyelidikan.

- Reuters

Berita Harian X