Rabu, 30 Mei 2018 | 10:33am

Saham berkaitan projek HSR catat penurunan ketara

KUALA LUMPUR: Saham berkaitan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) mencatat penurunan ketara di Bursa Malaysia diterajui YTL Corp Bhd.

Harga saham YTL Corp jatuh 6.4 peratus ke paras terendah sejak Oktober 2008 pada 9.15 pagi ini.

Saham Gamuda Bhd susut 7.5 peratus ke paras terendah 2015.

Malaysian Resources Corp Bhd pula mencecah paras terendah sejak 2009 selepas jatuh 5.11 peratus berbanding penutup Isnin - Bloomberg

Berita Harian X