Khamis, 21 Jun 2018 | 8:10am

Nasdaq ditutup rekod tertinggi

NEW YORK: Indeks Nasdaq ditutup pada rekod tertinggi, di lonjak kenaikan dalam kaunter permodalan besar teknologi dan pengguna.

Bagaimanapun, prestasi Dow dan S&P 500 dipengaruhi kebimbangan berhubung pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin memuncak.

Dow Jones Industrial Average susut 42.41 mata, atau 0.17 peratus, kepada 24,657.8.

S&P 500 menambah 4.73 mata, atau 0.17 peratus, kepada 2,767.32.

Nasdaq Composite menambah 55.93 mata, atau 0.72 peratus, kepada 7,781.52.

Twenty-First Century Fox Inc menokok 7.5 peratus selepas Walt Disney Co, yang naik satu peratus, membuat tawaran lebih menarik bagi mendapatkan aset syarikat itu pada harga AS$71.3 bilion, dan kelihatannya berkemampuan mengalahkan bidaan Comcast Corp.

Saham General Electric Co, anggota terakhir barisan asal 30 kaunter di Dow, susut 0.5 peratus susulan laporan ia akan dikeluarkan daripada senarai indeks itu mulai 26 Jun.

Sejumlah 6.63 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.98 bilion purata 20 sesi dagangan sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X