Isnin, 25 Jun 2018 | 2:03pm

Saham T7 Global meningkat

KUALA LUMPUR: Saham T7 Global Bhd melonjak sehingga 34.5 peratus dalam dagangan hari ini, susulan laporan berita projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan di bawah kerajaan.

Saham syarikat itu mencecah paras tertinggi antara hari 56.5 sen pada awal dagangan, sebelum mengakhiri sesi pagi pada 51.5 sen, menokok 22.62 peratus atau 9.5 sen, dengan 23.83 juta saham bertukar tangan.

T7 Global sebelum ini memeterai memorandum persefahaman dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) dan syarikat milik penuh Bumiputera, CMC Engineering Sdn Bhd untuk membentuk konsrtium melaksanakan bahagian pembinaan projek ECRL di Terengganu.

Berita Harian X