Rabu, 25 Julai 2018 | 1:21pm

Bursa akhiri sesi pagi tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi disokong pembelian dalam saham berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada 12.30 tengahari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.20 mata pada 1,765.13 berbanding 1,762.93 penutup Selasa.

Ia bergerak antara 1,760.77 dan 1,765.81 sepanjang sesi selepas dibuka 1.98 mata lebih rendah pada 1,760.95.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 463 berbanding 325 dengan 411 tidak berubah manakala 731 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Sejumlah 2.28 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.34 bilion.

Peniaga berkata, Bursa Malaysia menjejaki prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh hari ini, menyusuli petunjuk semalaman positif Wall Street.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank menokok lima sen kepada RM9.82, Public Bank naik dua sen kepada RM24.00, Tenaga menokok lapan sen kepada RM14.86, CIMB naik dua sen kepada RM5.89 manakala Petronas Chemicals mendatar pada RM8.80.

Dalam kalangan kaunter aktif, Sapura Energy mengukuh empat sen kepada 62.5 sen, Velesto, Sumatec Resources dan MRCB menambah satu sen setiap satu masing-masing kepada 30 sen, lima sen dan 79 sen, manakala WCT Holdings naik 4.5 sen kepada 19.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X