Jumaat, 3 Ogos 2018 | 2:27pm

Prestasi Bursa Malaysia tidak berubah tengah hari

KUALA LUMPUR: Prestasi Bursa Malaysia tidak banyak berubah pada akhir dagangan pagi hari ini dalam dagangan kecil dan turun naik, dengan peningkatan di kaunter wajaran tinggi terpilih, diketuai Tenaga diimbangi kerugian Litrak Rapid dan Hong Leong Bank, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 mata kepada 1,778.40 berbanding 1,778.13 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 4.61 mata lebih kukuh kepada 1,782.74 dan bergerak antara 1,773.89 dan 1,782.77 di sepanjang dagangan pagi.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 341 berbanding 334 manakala 382 kaunter tidak berubah, 827 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 960.96 juta unit bernilai RM685.96 juta.

Seorang peniaga berkata, indeks penanda aras bergelut untuk bersaing dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif, namun prestasi bercampur-campur bursa serantau susulan ketegangan perdagangan AS-China yang kembali meningkat, menjejaskan sentimen.

Bagi saham wajaran tinggi, Tenaga menambah 16 sen kepada RM15.44, Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM9.84, RM24.18 dan RM9.01 manakala CIMB turun empat sen kepada RM5.81.

Dalam kalangan saham paling rugi, Litrak turun 22 sen kepada RM4.28, Rapid dan Hong Leong Bank masing-masing susut 16 sen kepada RM5.79 dan RM19.04.

Antara kaunter cergas, Iris meningkat satu sen kepada 16.5 sen, MYEG menambah tiga sen kepada RM1.20 manakala Sapura Energy tidak berubah pada 59 sen.

Kaunter paling untung termasuklah United Plantation, yang meningkat RM1.08 kepada RM27.88 dan HLFG, menambah 36 sen kepada RM18.16, manakala Amway dan PetGas masing-masing meningkat 18 sen kepada RM7.59 dan RM19.18.

Indeks FBM Emas turun 0.94 lebih rendah kepada 12,580.81, Indeks FBMT 100 susut 2.60 mata kepada 12,369.07 manakala Indeks FBM Emas Syariah menokok 0.43 mata kepada 12,716.33.

FBM 70 turun 19.93 mata kepada 15,413.85 namun Indeks FBM Ace menambah 8.94 mata kepada 5,432.71.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 19.70 mata kepada 7,581.52, Indeks Perrusahaan meningkat 8.09 mata kepada 3,268.66, namun Indeks Kewangan merosot 17.45 mata kepada 17,437.39.

-BERNAMA

Berita Harian X