Rabu, 10 Julai 2019 | 1:48pm
Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FBM KLCI susut 4.11 mata kepada 1,678.76 berbanding 1,682.87 pada penutupan Selasa. - Foto hiasan

Saham KL rendah akhiri sesi pagi

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia rendah pada akhir sesi pagi, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam kalangan kebanyakan bursa di Asia Pasifik.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.11 mata kepada 1,678.76 berbanding 1,682.87 pada penutupan Selasa.

Indeks bergerak antara 1,678.39 dan 1,683.69 di sepanjang sesi pagi.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 381 berbanding 277, manakala 405 kaunter tidak berubah, 785 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.29 bilion saham bernilai RM985.09 juta.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.59 peratus kepada 3,349.03, manakala Indeks Nikkei Jepun susut 0.07 peratus kepada 21,549.67 dan Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.76 peratus kepada 28,116.28.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata peningkatan seterusnya lebih sukar dicapai melainkan terdapat peningkatan dalam unjuran asas korporat Malaysia.

“Pada masa ini masih terdapat sokongan berterusan ke atas saham berkaitan indeks dan ini mungkin menyaksikan indeks utama tidak banyak bergerak dan akan berada pada kedudukan itu untuk tempoh yang lebih lama memandangkan berlakunya sedikit tekanan jualan,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Nestle masing-masing kekal pada RM8.94, RM5.35 dan RM148.50 manakala Public Bank dan Tenaga masing-masing susut lapan sen kepada RM22.98 dan RM13.76.

Bagi saham aktif, UWC naik 49 sen pada RM1.31, London Biscuits meningkat 2.5 sen kepada 18.5 sen manakala Green Packet turun 1.5 sen kepada 37.5 sen dan Bumi Armada dan Barakah Offshore masing-masing susut 21.5 sen dan enam sen.

FBM 70 merosot 57.94 mata kepada 14,842.14, Indeks FBMT 100 merosot 32.72 mata kepada 11,712.42 manakala FBM Ace turun 23.07 mata kepada 4,602.89.

Indeks FBM Emas susut 30.63 mata kepada 11,879.04 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 30.26 mata pada 12,266.91.

Mengikut sektor, Indeks Produk & Perkhidmatan Industri merosot 0.99 mata kepada 161.3, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.25 mata kepada 16,755.5 manakala Indeks Perladangan turun 15.88 mata kepada 6,952.82.

-- BERNAMA

Berita Harian X