Khamis, 12 September 2019 | 10:29am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Asia meningkat, jangkaan perang perdagangan AS-China mereda

TOKYO: Saham Asia meningkat pada Khamis berikutan harapan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin mereda dan jangkaan yang mana Bank Pusat Eropah (ECB) akan memulakan pelonggaran monetari oleh bank pusat global.

Indeks MSCI Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.2 peratus dan indeks saham Nikkei Jepun menambah satu peratus, manakala saham Australia menambah 0.41 peratus.

Niaga hadapan saham AS melonjak dan aset selamat seperti yen dan emas susut selepas Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk menangguhkan kenaikan tarif tambahan ke atas barangan China selama dua minggu, seperti permintaan daripada Naib Perdana Menteri China, Liu He ‘yang menunjukkan isyarat lebih baik’.

Harga minyak naik di Asia, kembali pulih daripada kerugian pada Rabu, dengan harapan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengurangkan output bagi menyokong harga minyak.

Sebarang kebimbangan yang semakin mereda terhadap perang perdagangan kemungkinan akan membantu ekuiti melanjutkan rali mereka selepas mengalami prestasi buruk pada Ogos.

Pelabur juga kini menunggu mesyuarat ECB lewat Khamis untuk melihat sejauh mana pembuat dasar akan menyokong situasi ekonomi pada masa ini.

-REUTERS

Berita Harian X