Isnin, 7 Oktober 2019 | 9:48am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, mengimbangi semula selepas melalui paras terendah empat tahun Jumaat lalu, berikutan prestasi Wall Street yang lebih baik.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.53 mata kepada 1,558.2 daripada 1,557.67 Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.12 mata lebih baik pada 1,557.79.

Kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 136 berbanding 57 dengan 180 kaunter tidak berubah, manakala 1,621 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Sejumlah 135.9 juta saham bertukar tangan bernilai RM47.22 juta. - BERNAMA

Berita Harian X