Isnin, 7 Oktober 2019 | 12:06pm

Bursa Malaysia tinggi pertengahan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal tinggi pada pertengahan pagi hari ini didorong aktiviti membeli di Pasaran ACE dan saham permodalan bersaiz sederhana, kata peniaga.

Pada 11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.13 mata kepada 1,559.8 daripada 1,557.67 Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.12 mata lebih tinggi pada 1,557.79.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 291 berbanding 234 dengan 376 kaunter tidak berubah, manakala 1,994 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 810.74 juta saham bernilai RM377.22 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank, PBB dan Sime Darby Plantation meningkat empat sen setiap satu masing-masing kepada RM8.48, RM19.32 dan RM4.77.

Sementara itu, PChem susut sembilan sen kepada RM7.22 dan CIMB susut dua sen kepada RM4.84.

Antara yang paling aktif, SDS Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE hari ini menokok dua sen kepada 25 sen, manakala AT Systematization, QES Group dan Bumi Armada menokok setengah sen setoap satu masing-masing kepada enam sen, 19 sen dan 34 sen, - BERNAMA

Berita Harian X