Isnin, 7 Oktober 2019 | 2:15pm
KUALA LIMPUR 20 OCTOBER 2016. Bursa Malaysia Berhad building at Bukit Kewangan. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Bursa Malaysia kekal tinggi tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari apabila pelabur mengambil sikap memburu saham murah selepas kejatuhan indeks utama minggu lalu, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.84 mata kepada 1,558.51 daripada 1,557.67 penutupan Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.12 mata lebih tinggi pada 1,557.79 dan bergerak antara 1,556.64 dan 1,560.37 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 311 berbanding 307 dengan 377 kaunter tidak berubah, manakala 999 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Sejumlah 1.18 bilion saham bertukar tangan bernilai RM629.35 juta.

Pasaran serantau bercampur-campur dengan Nikkei Jepun merosot 0.23 peratus kepada 21,361.91, Indeks Hang Seng di Hong Kong berkurangan 1.11 peratus kepada 25,821.03 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.71 peratus kepada 3,100.29.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.47, Tenaga naik 12 sen kepada RM13.64, PBBank naik enam sen kepada RM19.34, IHH naik dua sen kepada RM5.67 manakala PChem merosot 11 sen kepada RM7.20. - BERNAMA

Berita Harian X