Rabu, 13 November 2019 | 7:41am

Wall Street ditutup mendatar

NEW YORK: Indeks saham utama S&P 500 mencatat kenaikan kecil ketika mana Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat (AS) hampir memeterai perjanjian perdagangan awal dengan China tetapi tidak menawarkan butiran baharu.

S&P 500 dan Nasdaq mencecah paras tertinggi tetapi pasaran ditutup di bawah paras itu selepas ucapan tengah hari yang sangat dinantikan dari Trump, dengan mana pelabur bimbang beliau akan membuat komen yang akan memburukkan lagi pertikaian tarif yang telah mengganggu pasar lebih daripada satu tahun.

Trump berkata perunding AS dan China "hampir" untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan "fasa pertama", tetapi sebahagian besarnya mengulangi retorik yang sudah lama dipakai berkaitan China "menipu" dalam ucapan di The Economic Club of New York.

"Orang ramai berharap untuk mendapatkan sedikit kejelasan dan ia tidak berlaku," kata Chuck Carlson, ketua pegawai eksekutif di Horizon Investment Services di Hammond, Indiana.

Dow Jones Industrial Average ditutup kekal tidak berubah pada 27,691.49, S&P 500 naik 4.83 mata atau 0.16 peratus kepada 3,091.84 dan Nasdaq Composite menambah 21.81 mata atau 0.26 peratus kepada 8,486.09.

Kebanyakan sektor S&P 500 ditutup dalam wilayah positif, dengan penjagaan kesihatan mencatat kenaikan tertinggi.

Sejumlah 6.6 bilion saham bertukar tangan di bursa AS berbanding 6.8 bilion saham dalam tempoh 20 sesi dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X