Rabu, 13 November 2019 | 9:14am

Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah sedikit kerana pelabur berhati-hati menunggu kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan data utama China pada minggu ini.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.34 peratus atau 81.07 mata kepada 23,438.94 pada awal dagangan.

Indeks Topix turun 0.16 peratus atau 2.77 mata pada 1,706.90.

Peniaga ditinggalkan tanpa dorongan belian besar selepas Presiden Donald Trump tidak banyak menawarkan berita positif berhubung perselisihan perdagangan AS dengan China atau Eropah, kata penganalisis.

"Tunggu-dan-lihat akan berterusan menjelang testimoni Kongres oleh pengerusi Rizab Persekutuan petang ini dan penunjuk ekonomi China esok," kata Okasan Online Securities.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell akan memberi testimoni pada Rabu dan Khamis.

Dalam ucapannya Selasa di Kelab Ekonomi New York, Trump sekali lagi mengkritik Rizab Persekutuan kerana menaikkan kadar faedah terlalu cepat dan mengurangkannya terlalu lambat.

Tetapi bank pusat AS dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat dasar Disember.

Daripada menawarkan berita perdagangan positif dalam ucapan yang sangat dinanti-nantikan, Trump mengancam untuk menaikkan tarif "dengan ketara" ke atas barangan China jika tidak ada perjanjian yang dicapai dengan Beijing.

"Trump (ucapan) yang ditunggu-tunggu terlalu retorik dan kurang terperinci, menjadikan pasaran tidak ada petunjuk jelas," kata Rodrigo Catril, ahli strategi forex senior di National Australia Bank. - AFP

Berita Harian X