Rabu, 13 November 2019 | 9:39am

Bursa Malaysia dibuka mendatar

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memadamkan kenaikan semalam untuk dibuka mendatar pagi ini selepas Presiden Donald Trump mengancam mengenakan lebih banyak tarif ke atas China jika perjanjian perdagangan tidak menjadi kenyataan, sekali gus mencetuskan keraguan berhubung rundingan perdagangan yang sedang berlangsung.

Pada 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,608.08 berbanding 1,609.73 penutup Selasa.

Pada pembukaan, indeks utama itu dibuka 1.15 mata lebih tinggi pada 1,610.88.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 114 berbanding 106 dengan 195 kaunter tidak berubah, manakala 1,586 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 111.72 juta saham bernilai RM39.85 juta. - BERNAMA

Berita Harian X