Rabu, 13 November 2019 | 1:07pm

Saham KL dalam wilayah negatif tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia berada dalam wilayah negatif pada tengah hari, mengesan kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara yang jatuh selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Beijing berhubung lebih banyak tarif akan dikenakan sekiranya gagal mencapai persetujuan.

Pada 12.35 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KCLI (FBM KLCI) turun 7.82 mata kepada 1,601.91 berbanding 1,609.73 penutup Selasa, manakala bergerak antara 1,601.23 hingga 1,610.88.

Ia dibuka 1.15 mata lebih baik pada 1,610.88.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 501 berbanding 211 dengan 336 kaunter tidak berubah, manakala 953 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 1.18 bilion saham bernilai RM655.47 juta. - BERNAMA

Berita Harian X