Khamis, 14 November 2019 | 9:43am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini dengan pelabur terus memantau data utama China bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk setakat mana perang perdagangan yang berlarutan selama 16 bulan antara Amerika Syarikat (AS) dan China memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Pada 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.43 mata kepada 1,594.79 daripada 1,597.22 penutupan Rabu.

Indeks utama itu dibuka 1.82 mata lebih rendah pada 1,595.40.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter turun mengatasi naik sebanyak 93 berbanding 92 dengan 180 kaunter tidak berubah, manakala 1,636 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 87.29 juta saham bertukar tangan bernilai RM37.33 juta.

Terdahulu di Tokyo, pasaran sahamnya dibuka juga lebih rendah sedikit selepas pengeluaran data pertumbuhan yang lebih lemah daripada jangkaan dan di tengah-tengah keraguan berterusan berhubung perjanjian perdagangan AS-China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.08 peratus atau 18.53 mata kepada 23,301.34 dalam dagangan awal manakala indeks Topix susut 0.19 peratus atau 3.21 mata pada 1,697.12.

Pelabur menghadapi masalah berita negatif - data pertumbuhan Jepun yang merosot, keraguan terhadap perjanjian perdagangan AS-China dan yen yang lebih kukuh - tetapi tidak ada yang membimbangkannya untuk mencetuskan jualan besar-besaran. - BERNAMA/AFP

Berita Harian X