Khamis, 14 November 2019 | 2:26pm

Bursa Malaysia rendah tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, menjejaki prestasi pasaran serantau berikutan data China yang lemah, di tengah-tengah perangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berpanjangan.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KCLI (FBM KLCI) turun 2.63 mata kepada 1,594.59 daripada 1,597.22, manakala bergerak antara 1,594.14 hingga 1,598.09.

Ia dibuka 1.82 mata lebih lemah pada 1,595.40.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 341 berbanding 273 dengan 392 kaunter tidak berubah, manakala 995 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 1.12 bilion saham bertukar tangan bernilai RM690.77 juta. - BERNAMA

Berita Harian X