Rabu, 27 November 2019 | 11:33am

Bursa Malaysia bercampur-campur pertengahan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur pada pertengahan pagi hari ini dengan indeks utama didorong oleh aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih.

Pada 11.05 pagi, indeks penanda aras naik 2.94 mata kepada 1,586.81 daripada 1,583.87 penutup Selasa.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 386 berbanding 267 dengan 332 kaunter tidak berubah, manakala 1,029 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 1.14 bilion saham bertukar tangan bernilai RM530.28 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, TNB naik 14 sen kepada RM13.54, Public Bank naik 18 sen kepada RM19.68, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM7.10, IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM5.42, Maybank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM8.59 dan RM5.27 manakala Axiata turun tiga sen kepada RM4.29.

Dalam kalangan saham cergas, Solarvest naik 6.5 sen kepada 82 sen, Iris Corp naik setengah sen kepada 14.5 sen, Alam Maritim naik satu sen kepada 14 sen, Bumi Armada menokok satu sen pada 53 sen KNM meningkat 2.5 sen kepada 38.5 sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 28 sen. - BERNAMA

Berita Harian X