Jumaat, 27 March 2020 | 10:57am
BURSA Malaysia
BURSA Malaysia

Bursa Malaysia terus meningkat menjelang pakej rangsangan kedua

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan buat hari keempat berturut-turut, dirangsang oleh keyakinan pasaran terhadap pengumuman pakej rangsangan kedua hari ini.

Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 14.06 mata kepada 1,342.15 berbanding penutup semalam 1,328.09.

Dalam pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 488 berbanding 89, manakala 137 kaunter tidak berubah, 1,296 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung.

Perolehan, bagaimanapun berada pada 601.90 juta bernilai RM258.05 juta.

Seorang penganalisis berkata, pasaran meneruskan momentum kenaikan apabila pelabur menunggu pengumuman langkah seterusnya kerajaan hari ini untuk mengukuhkan ekonomi tempatan berikutan COVID-19.

-BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X