Isnin, 18 March 2019 | 3:19pm

Menonton konsert lebih jelas dan menyeronokkan dengan HUAWEI P30

Pengalaman menyaksikan konsert kini menjadi lebih menarik dengan adanya pengenalan inovasi teknologi, termasuk telefon pintar.

Pengeluar telefon pintar kini mula menampilkan ciri-ciri menarik yang membolehkan anda melalui pengalaman berbeza menyaksikan konsert berbanding sebelum ini.

Imej dipaparkan pada Konsert Wang Lee Hom di Kuala Lumpur, baru-baru ini, sudah pun membuktikannya.

Sepanjang konsert berlangsung beberapa imej dirakam, daripada bahagian belakang Stadium Merdeka, kemudian bergerak ke rakaman imej dari dekat sehingga akhirnya kepada jarak yang sangat dekat.

Imej yang dirakam tidak menarik. Anda boleh menilai imej pertama diambil jurugambar yang duduk agak jauh dari pentas.

Gambar yang diambil secara biasa objeknya bukan saja kelihatan kecil tetapi kabur. Rakaman secara close shot mengubah pandangan kerana anda boleh melihat lebih terperinci wajah penyanyi dan biola yang mana semua itu tidak boleh dilihat daripada pandangan penonton yang duduk di tempat biasa.

Rakaman secara super close shot sangat mengagumkan kerana gambaran yang dipaparkan begitu terperinci.

Lihat saja gambar ini, anda dapat melihat tertera nombor 2060 yang tertulis pada baju penyanyi berkenaan secara jelas, walaupun rakaman dibuat pada di kedudukan belakang.

Jika ini yang anda harapkan daripada HUAWEI P30, pastinya menyaksikan konsert menjadi kurang rumit.

Kehebatan HUAWEI P30 juga dapat dilihat ketika aksi artis ini bermain piano, apabila rakaman secara super close shot berjaya menampakkan gambar keseluruhan piano berkenaan adalah kepada naga.

Tiada kamera DSLR? Tak ada masalah! Tidak perlu lagi bergegas untuk mendapatkan tempat duduk dan tidak perlu lagi berdiri untuk melihat artis beraksi.

Berapa banyak kemampuan zum (zoom) yang kita mahukan sebenarnya?

Apakah yang kamu rasa? Apa pun lihat saja bagaimana peranti HUAWEI terdahulu seperti siri HUAWEI P20 dan HUAWEI Mate 20 Pro dikenalpasti sebagai pilihan utama telefon pintar oleh DxOMark dengan 109 mata.

Siri P30 akan dilancarkan 26 Mac depan di Paris. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui secara dekat telefon pintar dapat dizumkan.

Bertemakan ‘Rewrite the Rules’, pastinya acara ini akan memberitahu lebih jelas apa yang menarik mengenai telefon ini.

HUAWEI turut mengumumkan HUAWEI Backup iaitu pemacu keras luaran (external drive) 1TB yang automatik boleh menyelaras dan memindahkan semua gambar cantik itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI P30, layari shop.huawei.com/my/events/huawei-p30-series

Jumpa anda pada 26 Mac ini!

Berita Harian X