Rabu, 28 Ogos 2019 | 6:19pm

Prestasi mantap HUAWEI Nova 5T: 5 kamera AI, prestasi Dual NPU, reka bentuk bergaya

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk semua! Syarikat teknologi global, HUAWEI menampilkan telefon pintar siri baharu nova 5T dengan prestasi mantap dan dapat memenuhi kehendak serta memberi nilai terbaik kepada penggunanya.

HUAWEI nova 5T didatangkan dengan lima kamera kecerdasan buatan (AI) - empat kamera di bahagian belakang dan satu kamera swafoto di bahagian depan pada saiz 32 megapiksel (MP).

Lebih menarik, HUAWEI Nova 5T turut menampilkan pretasi Dual NPU dan reka bentuk bergaya serta warna memukau.

Jadi, ini adalah masa terbaik untuk anda yang tercari-cari telefon pintar dengan ciri mempesonakan untuk membuat pra-tempahan bermula esok.

Ciri pertama yang dilihat pada sesuatu jenama telefon pintar ialah fungsi dan kecanggihan kameranya.

Memahami permintaan itu, HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan kamera Pro Grade yang didatangkan dengan lima teknologi kecerdasan buatan (AI) iaitu 48MP Quad AI kamera di belakang dan kamera depan ialah 32MP yang ternyata dapat memberi kejelasan berganda pada imej bercahaya rendah, penuh atau panorama.

HUAWEI nova 5T ini juga menawarkan pengendali pintar EMUI 9.1 untuk pengalaman penggunaan lebih hebat, World’s First 7nm Mobile AI Chipset dan dilengkapi kuasa pemproses Kirin 980 serta Dual NPU.

Telefon pintar ini juga sesuai untuk mereka yang minat bermain permainan kerana ia turut memiliki kuasa GPU Turbo yang mampu menjimatkan penggunaan bateri, kualiti visual tinggi dan perjalanan permainan yang lancar serta mode tidak diganggu juga boleh digunakan ketika anda sedang bermain.

Lebih hebat, HUAWEI nova 5T dikuasakan oleh bateri 3750 mAH dan teknologi 22.5W SuperCharge yang mana bateri boleh dicas sehingga 50 peratus dalam tempoh kurang 30 minit saja.

Selepas semua ciri dan teknologi ditawarkan pada tahap memuaskan, seterusnya rekaan ditampilkan untuk HUAWEI nova 5T sangat bergaya dengan warna yang memukau.

Pada permukaan skrin, kameranya hanyalah bersaiz 4.5 milimeter ultra kecil dan didatangkan dengan warna kilauan metalik dan struktur permukaannya dapat dipadankan dengan gaya harian penggunanya iaitu ungu, biru dan hitam.

Jadi, tunggu apa lagi buatlah pra tempahan anda sekarang pada harga RM1599 saja bermula 29 Ogos hingga 5 September ini dan berpeluang memiliki hadiah eksklusif termasuklah pembesar suara mini HUAWEI bernilai RM198, pengecas kereta HUAWEI SuperCharge berharga RM127 dan setahun jaminan tambahan (tamat pada 30 September ini).

Lebih menarik lagi, HUAWEI juga menawarkan Program Level up kepada pengguna nova yang boleh didapati di semua rangkaian HUAWEI bermula 7 September ini.

Bagi mereka yang ingin melihat lebih lanjut ciri HUAWEI nova 5T ini, boleh berkunjung ke siri jelajah HUAWEI atau layari HUAWEI Online Store.

Selain HUAWEI nova5T, pra tempahan MediaPad M5 Lite 10 turut dibuka bermula esok. Dilengkapi dengan perlindungan mata pelbagai dan sistem bunyi Harman Kardon yang disahkan, ia berharga RM1299 serta pelbagai tawaran hadiah eksklusif dengan pembesar suara mini, Mpen yang berharga sehingga RM268.

Ia adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat dan boleh melawat ke rangkaian HUAWEI Online untuk maklumat lebih lanjut.

Jangan terlalu lama berfikir sehingga anda terlepas peluang. Ingat! Dengan hanya RM1599 anda boleh memiliki HUAWEI nova 5T, malah pra tempahan membolehkan anda menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM325 bermula 29 Ogos hingga 5 September ini.

Pra tempahan di HUAWEI Online Store dan maklumat lanjut di laman web rasmi HUAWEI.

Berita Harian X