Khamis, 24 Oktober 2019 | 6:18pm
LEVEL Up KL

Edisi kelima 'Level Up KL' janjikan sesuatu yang menarik

KUALA LUMPUR: Komuniti e-sukan negara boleh menjangkakan sesuatu yang mengujakan pada edisi kelima ‘Level Up KL’ awal bulan depan berikutan kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan ekosistem permainan negara, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini.

Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC, Hasnul Hadi Samsudin, berkata pada edisi tahun ini, MDEC akan perkenalkan strategi Ekosistem Kandungan Digital dalam usahanya untuk meletakkan Malaysia sebagai kuasa serantau bagi industri itu.

“Ini juga selari dengan usaha kami untuk mengesahkan Malaysia sebagai destinasi pilihan, dari segi ekosistem pembangunan permainan serantau,” katanya pada sidang media di sini.

Persidangan permainan itu yang akan diadakan pada 2 hingga 10 November ini akan dibahagikan kepada dua segmen - ‘Level Up KL Biz’ yang akan berlangsung di Bangsar South dan ‘Level Up KL Play’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan persekutuan mencadangkan RM20 juta untuk membangunkan industri e-sukan tempatan.

-BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X