Jumaat, 22 November 2019 | 5:41pm

10 sebab kenapa syarikat telekomunikasi utama yakin dengan Siri HUAWEI Mate30

TIGA syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia: Celcom, Digi dan Maxis menawarkan tawaran pakej hebat untuk dua pra-pesanan kempen. Ini adalah sebabnya.

Celcom, Digi dan Maxis menawarkan pakej hebat untuk setiap pembelian siri HUAWEI Mate30. Digi menawarkan hadiah bernilai RM289 termasuk pengecas kereta tanpa wayar, SuperCharge dan sarung PU. Sementara itu, dengan Maxis beli Mate30 percuma Mate30 atau beli Mate30 Pro, percuma Mate30 promo manakala Celcom; beli Mate30 percuma P30.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web Celcom, Digi & Maxis.

Kenapa tiga syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia ini menawarkan pakej begitu hebat? Ini adalah kerana dua pakej pra-pesanan mendapat sambutan hebat di Malaysia. Justeru, pihak syarikat telekomunikasi terbabit berasa ia berbaloi untuk menawarkan tawaran pakej hebat ini.

Beberapa perkara penting yang ada pada Mate30 Pro :

1. Memperkenalkan kamera SuperSensing Cine

Antara ciri pintar Mate30 Pro adalah ciri kamera yang terbaik, sesuai untuk fotografi dan videografi. 40MP SuperSensing Cine Camera boleh menghasilkan gambaran tajam, membolehkan pengguna menangkap visual yang memukau, baik dari sudut gambar atau video dalam apa jua keadaan. Mate30 Pro adalah telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai 40MP Cine Camera yang khas. Bukan setakat itu, kamera Cine juga mampu menyokong 4K 60fps resolusi video, bersama dengan 51200 ISO, 4K HDR+ Time-lapse, efek video bokeh pada masa sebenar dan terbaharu, mod video pergerakan perlahan lebih dari 7680 fps, yang mana kadar bingkai tertinggi telefon pintar di dunia. Justeru, Mate30 Pro boleh menangkap 720p pada kadar selaju 7680fps, 1080p pada 960fps dan 4K pada 60fps.

2. Kawalan Isyarat Interaktif AI

Kamera 3D Depth Sensing dan Gesture Sensor atau kawalan gerak isyarat digabungkan bersama untuk mengenalpasti ciri-ciri wajah dan mengesan pergerakan tangan anda. Dengan adanya informasi waktu sebenar yang diterima dari Tiny_Core NPU, banyak arahan seperti membuka, berubah layar dan tangkapan skrin boleh dijalankan dengan pantas hanya dengan memandang skrin atau hanya dengan menyapu tangan dengan mudah. Skrin Ultra melengkung memberi pengalaman tontonan luar biasa dengan sentuhan interaksi moden, yang mana menggantikan butang fizikal untuk reka bentuk moden. Sekarang, anda boleh mengawal bunyi dengan mudah, menangkap swafoto atau menikmati kawalan permainan menggunakan empat jari dengan adanya interaksi inovasi sentuhan sisi.

3. Putaran AI Auto

HUAWEI Mate30 Pro memperkenalkan AI Auto-Rotate yang memberi kelebihan 3D kamera depan untuk menganalisa orientasi mata anda untuk mengunci putaran skrin, bukan hanya bergantung dengan gyroscope seperti yang terdapat pada kebanyakan peranti. Dengan adanya AI Auto-Rotate ini, anda tidak perlu menutup ciri-ciri putaran auto ketika memegang telefon di tangan atau ketika baring di sofa atau katil.

4. Pengecasan tanpa wayar pertama 27W pertama di dunia

Diwarisi dari DNA kuat Mate, bateri dinaik taraf kepada 4500mAh (nilai biasa), yang mana boleh mudah menyokong keperluan seharian anda. Manfaat dari Chipset kecekapan kuasa yang lebih baik dan sistem pengurusan kuasa pintar memberi kuasa kepada anda lebih lama. Untuk masa ini, Mate 30 Pro berjaya menambah baik pengecasan tanpa wayar kepada 27W, dan ia adalah kelajuan tertinggi, tiga kali ganda dari generasi terdahulu.

5. Kerjasama pelbagai skrin

EMUI 10 yang terkini iaitu dengan hanya sentuhan mudah, telefon pintar dan komputer riba anda akan bergabung menjadi satu peranti canggih tanpa menggunakan sebarang internet. Skrin telefon anda akan terpampar di komputer riba dan ini membolehkan anda memuat naik atau memuat turun fail di antara peranti itu. Anda juga boleh menyunting fail itu menggunakan komputer riba dan pada masa yang sama, bertukar-tukar mesej bersama rakan melalui telefon dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sama. Ciri-ciri kolaborasi peranti ini membolehkan hidup dan kerja anda lebih senang.

6. Tawaran Hadiah Percuma Yang Menarik

Kebanyakan pengguna memberi sokongan kepada HUAWEI dengan membeli siri Mate30 melalui tawaran pra-pesanan. Siri Mate30 juga menarik ramai perhatian pelanggan dengan harga yang berpatutan dan tawaran hadiah percuma dengan setiap pembelian seperti OSMO Mobile 3, pengecas kereta tanpa wayar SuperCharge dan sarung PU. Dengan setiap pembelian sekarang, anda akan diberikan secara percuma pengecas kereta tanpa wayar SuperCharge dan HUAWEI Care Service termasuk satu tahun waranti dan insurans Screen Protection selama sebulan.

7. Peningkatan Aplikasi Di HUAWEI App Gallery

Kebanyakan pengguna risau berkenaan isu perisian terutamanya Google Mobile Services atau GMS. Walaupun, Siri Mate 30 dilengkapi dengan HUAWEI Mobile Services atau HMS dan ini akan menghadkan pengguna untuk memuat turun aplikasi tertentu GMS. Namun, terdapat pelbagai video viral dalam talian menunjukkan cara untuk mengatasi masalah ini. Sementara itu, HUAWEI meningkatkan pembangunan produk aplikasi untuk HUAWEI App Gallery.

Jumlah aktiviti harian sudah meningkat kepada 1.5 juta di HUAWEI Ap Gallery, dan 27 aplikasi yang kerap digunakan oleh pengguna sudah dilancarkan secara rasmi dalam satu bulan. Aplikasi ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan dan lain-lain. Selain itu, aplikasi perbankan seperti Maybank dan Hong Leong Bank juga boleh dimuat turun di HUAWEI AppGallery. Dari bulan September hingga Oktober 2019, terdapat 200,000 pengguna sudah berdaftar melalui HUAWEI App Gallery manakala HUAWEI AppGallery sudah dimuat turun sebanyak 100 juta pengguna di Malaysia.

8. Tambahan 50GB Cloud Storage untuk pengguna HUAWEI Mate30

Baru-baru ini, HUAWEI juga melancarkan 50GB Cloud Storage dan banyak lagi aktiviti menarik untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan. Pengguna ditawarkan selama tiga bulan 50GB Cloud Storage.

9. Tawaran perkhidmatan selepas jualan hebat

Tahun ini, pihak HUAWEI menawarkan perkhidmatan selepas jualan dalam talian, iaitu WhatsApp hotline dan Official Hotline untuk kumpulan pertama yang membeli Siri Mate30. Ia juga menawarkan percuma selama sebulan insurans Screen Protection dan satu tahun Extended Warranty. Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan selepas jualan yang menarik daripada HUAWEI ini, ia secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pengguna membeli peranti ini.

10. Siri jelajah HUAWEI Mate 30 | 30 Pro

Siri Jelajah HUAWEI Mate 30 | 30 Pro berlangsung hari ini sehingga 1 Januari 2020. Warga Malaysia akan berpeluang mengenali lebih mendalam HUAWEI Mate30 Series ini di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite. Siri jelajah ini bertujuan untuk mempamerkan kebolehan dan ciri-ciri unik perisian Super Flagship serta cara-cara untuk mengunakan fungsi kamera siri Mate30 yang dinobatkan sebagai ‘Best Videography Smartphone’.

Yang lebih penting,terdapat promosi khas siri jelajah untuk 100 orang pertama yang membeli Mate30 Pro.Mereka akan menerima HUAWEI Freelace bernilai RM369 dan promosi lain seperti HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger dan HUAWEI Care * bernilai RM537. Pelanggan juga berpeluang memenangi produk HUAWEI dengan menyertai dua kali cabutan bertuah.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berita Harian X