Isnin, 2 Disember 2019 | 8:52pm
HUAWEI FreeBuds 3 boleh proses segala bunyi dan beri kesan lebih jelas serta lancar.

Fon telinga HUAWEI FreeBuds 3 berikan kualiti bunyi jelas

KUALA LUMPUR: Bunyi bising yang terlampau hingga mengganggu ketenteraman juga dianggap sebagai satu pencemaran bunyi yang harus dicegah.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga, bunyi decibel yang tinggi berupaya memberi kesan buruk hingga merosakkan kesihatan pendengaran dengan serius.

Kebiasaannya kebanyakan orang akan menggunakan fon telinga bagi mengurangkan bunyi bising, namun kebanyakannya apabila dipakai terlalu lama, ia mendatangkan rasa ketidakselesaan.

Bagi membantu mengatasi masalah pencemaran bunyi keterlaluan itu, HUAWEI memperkenalkan FreeBuds 3 iaitu fon telinga tanpa wayar pertama seumpamanya yang menggabungkan fungsi pengurangan bunyi serta bluetooth tanpa wayar, kesan stereo yang lebih baik, kualiti bunyi jelas dan latensi ultra rendah.

1. KUALITI BUNYI YANG TULEN

Kualiti bunyinya juga sangat tulen kerana HUAWEI FreeBuds 3 mempunyai 14mm besar dynamic coil sama ada treble atau bass, ia amat mudah dikawal dan selesa digunakan di mana-mana saja.

Lebih-lebih lagi kebanyakan orang, kini menggunakan pengangkutan awam, jadi ketika dalam perjalanan itu, penggunaan HUAWEI FreeBuds 3 ini mampu mengurangkan masalah bunyi dengan pengaktifan fungsi berkenaan secara serta-merta.

Jadi tidak perlu lagi anda menaikkan ‘volume’ yang tinggi semata-mata untuk tidak mendengar bunyi gangguan seperti bunyi hon kereta, brek dan sebagainya kerana HUAWEI FreeBuds 3 mampu mengatasi masalah berkenaan.

Bukan setakat itu saja, ketika membuat panggilan, prestasi HUAWEI FreeBuds 3 juga sangat menakjubkan anda dapat mendengar dengan jelas walaupun ketika berada dalam hiruk pikuk orang ramai atau pun ketika berada di laluan bawah tanah MRT.

Ini kerana HUAWEI FreeBuds 3 yang dilengkapi dengan ‘bone voiceprint noise reduction’ dan reka bentuk ‘wind-drying catheter’ mampu memproses segala bunyi bagi menangani masalah anda secara tiba-tiba.

2. SEMBILAN PARAMETER BERBEZA

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 3 juga disediakan dengan sembilan parameter berbeza untuk pengguna menyesuaikan mengikut struktur telinga dan cara pemakaiannya.

Contohnya, jika berkerja di kedai kopi, anda boleh menyesuaikan parameter untuk mendapatkan kesan pengurangan bunyi yang lebih baik.

Penggunaannya sangat mudah iaitu ketika anda ingin menjawab atau meletakkan telefon, hanya klik sebanyak dua kali pada fon telinga dan ia akan menyambung terus pada telefon anda.

Selain itu, bagi mengawal muzik, hanya tekan dua kali pada pautan kanan ‘play/switch’ atau kiri untuk hidup atau matikan fungsi ANC.

Muzik akan berhenti seketika pada saat anda menanggalkan Freebuds 3 dan akan disambung semula apabila anda memakainya.

3. REKAAN UNIK

Berkaitan dengan reka bentuk pula, HUAWEI FreeBuds 3 menggunakan rekaan berbentuk seperti kepala ikan lumba-lumba untuk memudahkan pemakainya meletakkan dengan selesa ke dalam cuping telinga.

Menariknya, HUAWEI FreeBuds 3 dan Siri HUAWEI Mate30 boleh disambungkan hanya dalam tempoh sesaat saja.

Bagi memberi kesan yang lebih lancar lagi, HUAWEI FreeBuds 3 juga mempunyai latency yang rendah, penggunaan kuasa yang rendah dan kestabilan yang tinggi.

HUAWEI FreeBuds 3 dilengkapkan dengan cip Kirin A1 yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI serta digabungkan dengan dual-channel yang unik supaya pengguna tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakan HUAWEI FreeBuds 3.

Bagi pengguna yang gemar bermain permainan di telefon, saluran stereo dan kesan bunyi HUAWEI FreeBuds 3 sangat menakjubkan kerana ia memberikan pengalaman bunyi yang lain daripada lain seperti suasana sebenar.

Dari segi menonton video, HUAWEI FreeBuds 3 mempunyai latensi rendah supaya tiada masalah audio dan bunyi yang tidak selari.

HUAWEI FreeBuds 3 turut dilengkapkan dengan AAC Coding bagi kesan stabil seimbang dan penggunaan kuasa sambungan headset TWS supaya anda seakan dapat merasakan non-inductive delay. Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pastikan anda menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 dengan peranti HUAWEI saja.

4. KETAHANAN BATERI

Ketahanan bateri antara perkara yang turut memainkan peranan dalam setiap peranti, dengan adanya cip Kirin A1, tahap penggunaan kuasa pada HUAWEI FreeBuds 3 adalah rendah di mana ia boleh digunakan selama empat jam untuk mendengar lagu.

Dilengkapi dengan ruangan mengecas, jangka hayat bateri akan terus bertahan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama kerana ia bukan saja menyokong ‘line charging’, tetapi ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar contohnya ketika kecemasan, anda boleh menggunakan HUAWEI Mate30 untuk mengecas HUAWEI FreeBuds 3 melalui ‘reverse charging wireless’.

5. PENGALAMAN HUAWEI MATE30 DENGAN SMART LIFE

Sementara itu, dengan Siri HUAWEI Mate30 Kirin 990 pula, ia dapat memberikan anda pengalaman Smart Life yang lebih baik. Teknologi inovatif dan futuristik termasuk AI Gesture Control, AI Screen Rotation dan AI Information Protection adalah sebahagian keunikkan Siri HUAWEI Mate30.

HUAWEI FreeBuds 3 juga boleh menggunakan kabel biasa atau pengecasan tanpa wayar, malah serasi dengan Mate30 kerana ia menyokong ‘reserve wireless charging’, dengan hanya meletakkan FreeBuds 3 di belakang Mate30, dan boleh mengecas secara terus.

6. PENYIMPANAN AWAM 50GB PERCUMA

Lebih menarik lagi mengenai HUAWEI ialah HAUWEI turut melancarkan penyimpanan awan 50GB secara percuma selama tiga bulan untuk semua Siri HUAWEI Mate30.

Pengguna Siri HUAWEI Mate30 boleh menuntut tawaran dengan hanya log masuk dengan ID HUAWEI anda pada tetapan perantid dan mestilah di konfigurasi tetapan Malaysia.

Bagi pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk HUAWEI Smart Life, boleh layari Facebook HUAWEI.

Sementara itu bagi yang ingin membeli FreeBuds 3 yang dijual pada harga RM679, boleh kunjungi HUAWEI Online Store berhampiran merasai pengalaman pada 4 November ini.

Berita Harian X