Selasa, 24 Disember 2019 | 12:37pm

HUAWEI MateBook 13 membantu menyelesaikan tugas dengan efisien

Kuala Lumpur: Menjadi kelaziman bagi setiap orang sebaik tamat pengajian, akan mula mencari peluang pekerjaan yang diinginkan. Namun dalam situasi pekerjaan yang kini semakin mencabar dan untuk terus kekal efisien, peranti pintar HUAWEI MateBook 13 adalah paling tepat untuk dimiliki.

Ini memandangkan HUAWEI MateBook 13 mampu memberi nilai tambah dalam setiap pekerjaan dan memberi pengalaman yang sangat menakjubkan.

Satu sentuhan mudahkan segala urusan

Seperti kebiasaan, setiap kali ingin menghadiri mesyuarat, pastinya ada beberapa perkara penting yang ingin dicatat di telefon pintar dan sebaik tiba segala maklumat mengenai mesyuarat dipindahkan ke komputer riba.

Keadaan yang tidak diingini apabila tiada sambungan internet dan akhirnya terpaksa membuat sambungan menggunakan 'hotspot' yang akhirnya menyusahkan diri.

Tetapi dengan HUAWEI MateBook 13, tidak perlu melakukan begitu lagi kerana ia menyokong fungsi 'One Tap to Share' yang dapat melakukan semua pemindahan antara telefon dan komputer riba tanpa perlu data talian atau rangkaian.

Dengan hanya satu sentuhan saja di komputer riba dan telefon, segala fail akan dipindahkan dengan mudah, menjimatkan masa dan anda boleh mengedit semula segala data di telefon pintar anda. Malah ia juga boleh memindahkan foto berkaitan dengan kepentingan kerjaya anda dengan pantas sekali.

Selain itu, HUAWEI MateBook13 juga sudah dinaiktaraf untuk menyokong kolaborasi skrin pelbagai, iaitu anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar di komputer riba bagi menjadikan kerja dan urusan lain berjalan dengan pantas.

Rekaan eksklusif dengan gaya elegan

HUAWEI MateBook 13 juga memiliki reka bentuk eksklusif yang mampu memberi keyakinan kepada setiap orang terutama ketika dalam situasi perbincangan serius.

Ini memandangkan rekaannya minima, ringkas tapi elegen dan bergaya serta mampu menarik perhatian kerana ia menggunakan casis logam dengan mengekalkan warna asal dan mempunyai potongan berlian di setiap penjurunya.

Skrinnya juga sangat menyerlah kerana ia skrin penuh, bezel kiri dan kanan 4.4mm dan nisbah skrin ialah 88 peratus sangat berbaloi untuk melihat foto atau menonton video.

Dalam pada itu, berat HUAWEI MateBook 13 juga sangat ringan iaitu 1.3 kilogram sesuai untuk digunakan dalam kerjaya anda serta mudah untuk dibawa ketika berurusan di luar pejabat.

Prestasi hebat

Cabaran di tempat kerja memang wujud dan efisien adalah sangat diperlukan. Komputer riba dengan prestasi lambat mampu memberi tekanan kepada kerjaya anda.

Berbeza dengan HUAWEI MateBook 13, ia dilengkapi dengan 8GB RAM dan 512GB ROM yang mana kadar kelajuannya tinggi dan storan besar.

Ini memandangkan peranti komputer riba ini menggunakan pemproses Intel® Core ™ i5-8265U / i7-8565U dan kad grafik integrasi NVIDIA® GeForce® MX250, TDP 25 Watt kad grafik.

Selain itu, ketika berkerja anda juga perlu membuka banyak dokumen PowerPoint, Photoshop dan sebagainya, tetapi dengan HUAWEI MateBook 13, ia mampu melakukan dengan mudah disebabkan prestasinya yang sangat tinggi.

Jangka hayat bateri lama dan keselamatan ketika perjalanan perniagaan

Setiap kali melakukan perjalanan perniagaan, kadar hayat bateri komputer riba sering menjadi keutamaan kerana ia penting dalam melakukan perbincangan dan sebagainya.

Dengan Edisi HUAWEI MateBook 13, memberi rasa keselamatan kerana ia mampu bertahan lama dan dalam masa yang sama boleh menonton cerita kegemaran dengan berjam-jam lamanya.

Biarpun rakan sekerja meminjam komputer riba untuk menyiapkan tugasannya, HUAWEI MateBook 13 masih lagi mampu beroperasi dengan normal membuktikan ia bertahan dengan lama. Dan lebih penting komputer riba dan telefon pintar berkongsi satu pengecas yang sama untuk keselesaan.

Bila anda berhadapan dengan kehabisan bateri, Edisi HUAWEI MateBook 13 didatangkan dengan penyesuai mudah alih USB-C pantas mengecas 65W, malah ia juga sesuai dengan pelbagai pengecas berbeza seperti 20V / 3.25A, 15V / 3A, 12V / 2A, 9V / 2A, 5V / 2A.

Bukan setakat itu saja, HUAWEI MateBook 13 memiliki rekaan selamat seperti cop jari atau butang kuasa dan hanya pemiliknya boleh membuka kata laluan berkenaan.

Jadi sebagai graduan yang masih baru dalam bidang pekerjaan, HUAWEI MateBook 13 adalah pilihan bijak kerana mampu menyelesaikan setiap masalah dan memenuhi cabaran pekerjaan kerana ia tidak akan mengecewakan anda.

Harga bagi MateBook 13 i5 ialah RM3,999 dan MateBook i7 berharga RM4,399, sementara itu Mate 30 ialah RM2,799 dan Mate 30 Pro ialah RM3,899. Untuk sebarang pembelian layari HUAWEI Online Store dan untuk pelan Together 2020 layari https://3ex.com.my/huawei-together2020/

Berita Harian X