Isnin, 30 Disember 2019 | 4:21pm

HUAWEI MateBook 13 adalah peranti pintar terhebat dalam membantu urusan perniagaan setiap usahawan

KUALA LUMPUR: Perubahan landskap perniagaan daripada bersifat tradisional kepada dalam talian ternyata memberi pelbagai implikasi kepada sesiapa saja yang terbabit dalam bidang ini mahupun mereka yang mahu bergelar usahawan.

Ini memandangkan zaman teknologi semakin menguasai industri dan bagi memastikan setiap urusan yang ingin dilakukan lancar, peranti pintar HUAWEI MateBook 13 adalah paling tepat untuk dimiliki.

HUAWEI MateBook 13 adalah peranti dengan teknologi terbaharu dan mampu memberi nilai tambah dalam setiap perniagaan anda serta memberi pengalaman yang sangat menakjubkan.

1. Satu sentuhan mudahkan segala urusan

Seperti kebiasaan, setiap kali ingin melakukan pembentangan kertas kerja, pastinya ada beberapa perkara penting yang ingin dicatat di telefon pintar sebelum dipindahkan ke komputer riba.

Keadaan yang tidak diingini apabila tiada sambungan internet dan akhirnya terpaksa membuat sambungan menggunakan 'hotspot' yang akhirnya menyusahkan diri.

Tetapi dengan HUAWEI MateBook 13, tidak perlu melakukan begitu lagi kerana ia menyokong fungsi 'One Tap to Share' yang dapat melakukan semua pemindahan antara telefon dan komputer riba tanpa perlu data talian atau rangkaian.

Dengan hanya satu sentuhan saja di komputer riba dan telefon, segala fail akan dipindahkan dengan mudah, menjimatkan masa dan anda boleh mengedit semula segala data di telefon pintar anda. Malah ia juga boleh memindahkan foto berkaitan dengan urusan perniagaan anda dengan pantas sekali.

Selain itu, HUAWEI MateBook13 juga sudah dinaiktaraf untuk menyokong kolaborasi skrin pelbagai, iaitu anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar di komputer riba bagi menjadikan perniagaan dan urusan lain berjalan dengan pantas.

2. Rekaan eksklusif dengan gaya elegan

HUAWEI MateBook 13 juga memiliki reka bentuk eksklusif yang mampu memberi keyakinan kepada setiap orang terutama ketika dalam situasi perbincangan serius.

Ini memandangkan rekaannya minimal, ringkas tapi elegan dan bergaya serta mampu menarik perhatian kerana ia menggunakan casis logam dengan mengekalkan warna asal dan mempunyai potongan berlian di setiap penjurunya.

Skrinnya juga sangat menyerlah kerana ia skrin penuh, bezel kiri dan kanan 4.4mm dan nisbah skrin ialah 88 peratus sangat berbaloi untuk melihat foto atau menonton video.

Dalam pada itu, berat HUAWEI MateBook 13 juga sangat ringan iaitu 1.3 kilogram sesuai untuk dibawa ketika berurusan di luar pejabat atau berjumpa klien.

3. Prestasi hebat

Cabaran berniaga ini memang wujud dan efisien sangat diperlukan. Komputer riba dengan prestasi lambat mampu memberi tekanan dalam urusan perniagaan anda.

Berbeza dengan HUAWEI MateBook 13, ia dilengkapi dengan 8GB RAM dan 512GB ROM yang mana kadar kelajuannya tinggi dan storan besar.

Ini memandangkan peranti komputer riba ini menggunakan pemproses Intel® Core ™ i5-8265U / i7-8565U dan kad grafik integrasi NVIDIA® GeForce® MX250, TDP 25 Watt kad grafik.

Selain itu, ketika anda cuba untuk 'close deal' dan menyakin pelanggan, anda perlu untuk menghasilkan PowerPoint, Photoshop dan sebagainya, tetapi dengan HUAWEI MateBook 13, ia mampu melakukan dengan mudah disebabkan prestasinya yang sangat tinggi.

4. Jangka hayat bateri lama dan keselamatan ketika perjalanan perniagaan

Setiap kali melakukan perjalanan perniagaan, kadar hayat bateri komputer riba sering menjadi keutamaan kerana ia penting dalam melakukan perbincangan dan sebagainya.

Dengan HUAWEI MateBook 13, is memberi rasa keselamatan kerana ia mampu bertahan lama dan dalam masa yang sama boleh menonton cerita kegemaran dengan berjam-jam lamanya.

HUAWEI MateBook 13 masih lagi mampu beroperasi dengan normal membuktikan ia bertahan dengan lama. Dan lebih penting komputer riba dan telefon pintar berkongsi satu pengecas yang sama untuk keselesaan.

Bila anda berhadapan dengan kehabisan bateri, HUAWEI MateBook 13 didatangkan dengan penyesuai mudah alih USB-C pantas mengecas 65W, malah ia juga sesuai dengan pelbagai pengecas berbeza seperti 20V / 3.25A, 15V / 3A, 12V / 2A, 9V / 2A, 5V / 2A.

Bukan setakat itu saja, HUAWEI MateBook 13 memiliki rekaan selamat seperti cop jari atau butang kuasa dan hanya pemiliknya boleh membuka kata laluan berkenaan.

Jadi bagi mereka yang baharu ingin bergelar usahawan, HUAWEI MateBook 13 adalah pilihan bijak kerana mampu menyelesaikan setiap masalah dan memenuhi cabaran perniagaan kerana ia tidak akan mengecewakan anda.

Harga bagi MateBook 13 i5 ialah RM3,999 dan MateBook i7 berharga RM4,399, sementara itu Mate 30 ialah RM2,799 dan Mate 30 Pro ialah RM3,899. Untuk sebarang pembelian layari HUAWEI Online Store.

Selain itu bagi memudahkan anda, pakej kombinasi gaya-kerja pintar HUAWEI juga ditawarkan dengan pelan ansuran bulanan tanpa faedah dikenakan sesuai untuk memenuhi gaya hidup dan keperluan setiap orang ketika ini.

Untuk pelan Together 2020 layari https://3ex.com.my/huawei-together2020/

Berita Harian X