Jumaat, 10 Januari 2020 | 10:00am

Komputer riba harga nilai terbaik 2020 - HUAWEI MateBook D 15 berharga hanya RM2,499

APABILA ingin membeli komputer riba, apakah faktor yang anda utamakan? Jawapannya, tentulah yang nipis dan ringan kerana ia lebih mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Tidak dapat dinafikan, menjadi trend pada masa kini apabila ramai yang suka mencari komputer riba yang lebih nipis dan ringan.

Oleh sebab itulah banyak teknologi gergasi juga cuba untuk memenuhi permintaan ini dengan memperkenalkan komputer riba yang lebih nipis dan ringan. Walau bagaimanapun, ia biasanya datang dengan harga yang tinggi!

Ini belum lagi mengambil kira sebuah komputer riba yang bergaya dan boleh membuatkan anda kelihatan lebih hebat dalam kalangan orang ramai.

Kini, impian mungkin menjadi kenyataan apabila HUAWEI mengumumkan HUAWEI MateBook D 15 yang didatangkan dengan semua ciri-ciri di atas pada harga berbaloi, RM2,499. Untuk tahu kelebihannya, sekarang, kita perhatikan ciri-ciri ini secara terperinci.

1. Nipis ringan dan paparan penuh HD

HUAWEI Matebook D 15 dibina dengan paparan bersaiz 15.6” bersamaan nisbah skrin sebanyak 87% dan ia seperti dunia tanpa sempadan.

Paparan penuh sudah menjadi trend pada telefon pintar dan tidak ada sebab mengapa ia tidak dibawa ke komputer riba. Anda mungkin ketinggalan trend jika anda tidak tahu bahawa HUAWEI boleh menawarkan resolusi 1920 x1080 IPS paparan penuh untuk menjadikan dunia visual anda lebih besar dengan lebih banyak kandungan dilihat dalam satu skrin.

Dengan 87% nisbah skrin, ini bermakna anda boleh mengakses lebih banyak kandungan pada satu halaman tanpa perlu skrol skrin. Ini sudah tentu membantu anda apabila bekerja, menyemak semula ppt atau excel anda, malah anda dapat melihat lebih banyak maklumat dengan saiz komputer riba yang sama.

Dengan seni bina sistem yang kuat dan kapasiti tindanan perisian, ia memberikan skrin yang paling besar serta paling ringan untuk saiz komputer riba. Di samping itu, reka bentuk yang melengkung, mengagumkan dengan identiti estetik yang bergaya dan unik.

Selain itu, ia memiliki ciri komputer riba yang ringan dan nipis dengan hanya 1.53kg serta ketebalan 16.9mm. Skrin ini juga sudah disahkan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah. Dengan keberkesanannya menyaring cahaya biru, sekali gus membantu melindungi mata pengguna dari radiasi yang kelihatan berbahaya.

Tetapi apabila mengambil kira bersama pengecas, anda akan mendapati ia benar-benar ringan dan mudah dibawa. MateBook D 15 menggunakan pengecas Jenis C, anda boleh menggunakannya untuk mengecas telefon pintar HUAWEI dan Matebook D 15 anda. Pengecas menyokong perlindungan yang terlalu panas dan secara automatik, ‘mematikannya’ jika perlu untuk memastikan keselamatan.

2. Kolaborasi pelbagai skrin

Tidak ketinggalan, Siri MateBook D memperkenalkan satu set baharu keupayaan kerjasama silang skrin yang dibina di atas asas HUAWEI One Tap Share. Ciri-ciri baharu membolehkan HUAWEI MateBook D15 dan telefon pintar HUAWEI untuk berkongsi paparan tunggal atau mengintegrasikan teknologi multi skrin dengan fungsi penghantaran satu sentuhan yang menjadikannya mudah untuk mencapai interaksi antara komputer dan telefon bimbit.

Pengguna boleh memindahkan fail dan melihat kandungan yang disimpan dalam telefon pintar terus pada komputer riba. Peranti yang disambungkan ke komputer riba juga boleh digunakan untuk menavigasi telefon pintar, memberikan pengguna langgan akses lancar ke aplikasi mudah alih tanpa menukar peranti.

Pilihan terbaik untuk orang dewasa, pelajar dan pemain yang bekerja

3. Satu klik cap jari

Anda boleh dengan mudah menghidupkan dan log masuk MateBook D anda tanpa perlu memasukkan kata laluan dengan hanya menekan Power Button, yang berfungsi sebagai sensor cap jari.

HUAWEI MateBook adalah Windows PC pertama yang mempunyai sensor cap jari untuk log masuk pengguna. Seperti sebelum ini, HUAWEI MateBook D juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Ia diintegrasikan ke dalam kuasa butang, jadi pengguna boleh buka peranti mereka dan pada masa yang sama identiti mereka disahkan.

Dengan menggunakan pengimbas ini, pengguna boleh pergi ke komputer serta-merta.

Pengimbas meningkatkan konsisten pengakuan dengan penggunaan - lebih banyak digunakan, ia menjadi semakin konsisten. Paling penting, anda tidak perlu memasukkan kata laluan setiap kali anda menghidupkan komputer riba anda.

4. Kawalan penuh kamera

Menyedari bahawa privasi adalah keutamaan pengguna, HUAWEI mengambil inisiatif untuk menghasil dan meletakkan kamera di mana anda mempunyai kawalan penuh. Webcam tersembunyi pada papan kekunci, ia hanya akan muncul apabila anda menekannya. Jadi tidak ada isu hack siber, anda sengaja mencatatkan sesuatu dan sebagainya. Tidak perlu menutup kamera dengan jari anda atau melampirkan satu pelekat pada kamera.

5. Prestasi yang dipertingkatkan

Konfigurasi perkakasan HUAWEI Matebook D 15 dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500U terkini, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi yang berkuasa, fleksibiliti hiburan yang luar biasa. Ditingkatkan terkini dengan keupayaan memori dua hala, HUAWEI Matebook D15 dilengkapi dengan 2 storan peranti yang terdiri daripada 256GB SSD dan 1T HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan menulis sebanyak 50% berbanding memori saluran tunggal.

Kesimpulannya, HUAWEI Matebook D 15 adalah komputer riba terbaik untuk anda. Tidak semua komputer riba yang berada di pasaran mampu menyediakan pakej teknologi hebat bersama harga mesra pengguna.

Apa lagi? Supaya anda tidak lupa, catatkan dalam diari atau kalendar anda. Dengan 256G SSD atau 1TB HHD, HUAWEI MateBook D 15 berharga hanya RM2,499, maka tunggulah hari pelancaran jualan pada 18 Januari 2019!

Sekarang, masihkah anda sangsi lagi dan tidak mengatakan HUAWEI Matebook D 15 adalah komputer riba yang terbaik dan bernilai untuk wang di luar sana?

Maklumat lanjut layari HUAWEI Online Store

Berita Harian X