Isnin, 10 Februari 2020 | 5:22pm

Touch 'n Go eWallet guna kod QR DuitNow

KUALA LUMPUR: Touch ‘n Go eWallet kini menerima pakai QR DuitNow iaitu QR Standard Kebangsaan Malaysia dan menyertai ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet).

DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM).

ICTF memberi mandat kepada PayNet, sebagai penyedia perkongsian infrastruktur pembayaran negara untuk menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum untuk Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 40 bank di Malaysia menjadi sebahagian daripada ekosistem DuitNow, di mana sembilan daripadanya telah menawarkan QR DuitNow dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka.

Sementara itu, 38 bank, e-dompet dan entiti bukan bank juga dijangka akan memulakan pelaksanaan QR DuitNow dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang.

DuitNow QR akan melaksanakan landskap pembayaran yang lebih cekap, berdaya saing dan berinovasi di Malaysia dengan membolehkan fungsi saling boleh kendalian, menggalakkan persaingan kerjasama dan menyediakan akses yang adil dan terbuka terhadap perkongsian infrastruktur pembayaran.

Menerusi QR DuitNow, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-dompet yang mengambil bahagian.

Peniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR, iaitu QR DuitNow

untuk menerima pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser, berkata penyedia e-dompet ketika ini menanggung kos pemerolehan peniaga yang besar kerana mereka perlu mendaftarkan set peniaga yang sama untuk rangkaian proprietari masing-masing.

“Dengan QR DuitNow, seseorang peniaga hanya perlu mendaftar dengan satu pemeroleh bank atau e-dompet, dan pelanggan semua bank dan e-dompet yang mengambil bahagian boleh membuat pembayaran

QR DuitNow kepada peniaga berkenaan menggunakan aplikasi mudah alih masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Touch ‘n Go eWallet sentiasa menyokong keterangkuman kewangan dengan memudahkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup bebas tunai.

Sejak dilancarkan pada 2018, Touch ‘n Go eWallet giat

mengembangkan jumlah pengguna dan peniaga di seluruh Malaysia.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X