Rabu, 29 April 2020 | 6:27pm

HUAWEI menawarkan promosi istimewa sempena Hari Pekerja

KUALA LUMPUR: Ketika setiap orang perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membendung COVID-19, HUAWEI tampil dengan promosi hebat bagi menceriakan semua orang menjelang sambutan Hari Pekerja pada Mei ini.

Promosi Hari Pekerja itu merangkumi pelbagai tawaran menarik seperti hadiah hebat, peraduan dan bermacam lagi.

Tambahan pula dengan sambutan ulang tahun keenam HUAWEI di laman rasmi dalam talian, harga baharu turut ditawarkan untuk sesetengah peranti, tawaran AppGallery Rewards, Member Centre Rewards dan banyak lagi.

Mari kita melihatkan apa ganjaran-ganjaran terdapat untuk bulan Mei ini.

1. Harga baharu Untuk Hot-Selling produk daripada HUAWEI

Jadi, sempena Hari Pekerja, anda jangan terlepas peluang kerana tiga peranti pilihan ramai iaitu HUAWEI P30 Pro, HUAWEI Mate30 dan Mate30 Pro 4G ditawarkan pada harga baharu iaitu pengurangan sehingga RM300 daripada harga asal.

HUAWEI P30 Pro (8GB+256GB): Harga Biasa: RM 2,999 Harga Baru: RM 2,799

HUAWEI Mate 30 (8GB+128GB): Harga Biasa: RM 2,799 Harga Baru: RM 2,499

HUAWEI Mate 30Pro 4G (8GB+256GB): Harga Biasa: RM 3,899 Harga Baru: RM 3,599

2. Jualan ulang tahun ke-6 dalam talian kedai rasmi HUAWEI dengan baucar RM166

Bukan setakat itu saja, HUAWEI sempena ulang tahun keenam di laman rasmi dalam talian pada hari 29 April juga ingin menghadiahkan kepada orang ramai iaitu 16 peratus diskaun untuk aksesori HUAWEI.

Tawaran dan hadiah menarik merangkumi produk 'Must Buy' dan 'New Arrival'.

Bahkan, pengguna juga boleh menuntut baucar dalam talian sebanyak RM166 dengan cara mengunjungi HUAWEI Online Store dan daftar akaun anda.

3. Jumlah Ganjaran Ahli Huawei AppGallery Setinggi RM2,400

Selain itu, HUAWEI melancarkan kempen 'AppGallery Brings You Together This Ramadan' yang mana HUAWEI akan menghadiahkan kepada pengguna setianya sebanyak 10 telefon pintar HUAWEI P40 menerusi peraduan 'Comment & Win the HUAWEI P40 Pro'.

Pengguna hanya perlu berkongsi pengalaman di Facebook HUAWEI Mobile Services APAC apakah kempen yang paling digemari untuk dimuat turun dan mengapa ia memberi manfaat kepada setiap orang lebih-lebih lagi ketika Ramadan ini.

HUAWEI juga akan memberi tiga kali ganda HUAWEI Points & Rewards bermula 1 April hingga 30 Jun ini bagi pengguna yang menukar aplikasi pembelian menerusi Maxis Bill atau membayar menggunakan Hotlink Credit, malah rebat 100 peratus diberikan kepada pengguna kali pertama di HUAWEI Points.

Bagi pengguna sedia ada, boleh mendapat 2 HUAWEI Points bagi setiap pembelian dan pada penghujung kempen, pengguna dengan jumlah kutipan pembelian tertinggi berpeluang mendapat hadiah bulanan.

'HUAWEI Rewards' khusus untuk pengguna setia jenama ini yang mana ahli VIP HUAWEI boleh menebus promosi dan tawaran daripada rakan HUAWEI di Mobile App antaranya Malaysia Airlines, Golden Screen Cinemas, Nando's, Godiva, Baskin Robbins, Dominos's Pizza, HealthLane, Samsonite, GNC, Health Lane dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, merujuk di sini.

Tidak ketinggalan juga, bagi pengguna baharu HUAWEI, anda berpeluang menebus selama tiga bulan percuma 'FREE VIP' untuk akses kepada 'HUAWEI Video' yang mengandungi lebih daripada 1,000 video, drama, dokumentari untuk memastikan masa anda dimanfaatkan sepenuhnya.

Apatah lagi, HUAWEI juga menawarkan satu set HUAWEI MatePad Pro dengan Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil pada harga RM2,989. Pengguna juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma iaitu HUAWEI M-Pencil yang bernilai RM299 supaya sesiapa sahaja boleh meningkatkan produktiviti semasa di rumah walaupun tidak keluar.

HUAWEI juga mengeluarkan kempen Penhantaran HUAWEI Express VIP supaya pelanggan dapat membeli HUAWEI produk tanpa keluar kerana perlu mematuhi PKP. Untuk maklumat lanjut, sila layari di https://bit.ly/3eXaQmg.

Bagi pengguna setia HUAWEI dan pengguna baharu, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut pelbagai tawaran hebat ini dengan layari HUAWEI Online Store.

Berita Harian X