Khamis, 23 Julai 2020 | 9:36pm

HUAWEI MatePad Pro 5G bukan sahaja tablet yang pertama di Malaysia dengan teknologi 5G, ia juga boleh berbanding dengan komputer riba

KUALA LUMPUR: Penggunaan tablet dalam kalangan individu bekerjaya dilihat amat membantu dalam proses kelancaran pekerjaan masing-masing.

Tablet dengan teknologi terkini yang dapat menjangkau capaian kelajuan internet pastinya menjadi pilihan setiap orang, terutama apabila kini semua sudah beralih kepada 5G.

HUAWEI antara jenama teknologi yang menawarkan kepada anda sesuatu yang begitu selesa dan menyenangkan tugas anda iaitu HUAWEI MatePad Pro 5G.

Ciri-ciri yang disertakan pasti membuat anda tidak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan berbanding tablet jenama lain di pasaran.

Mengapa ia harus menjadi pilihan anda kerana ia adalah satu-satunya tablet pertama di negara ini dengan teknologi 5G berbanding jenama lain.

Ciri lain pastinya saiz tablet yang memuaskan hati kerana ia didatangkan dalam saiz 90 peratus nisbah skrin terbesar berbanding jenama hebat yang lain yang menawarkan sehingga antara 83 peratus saja.

Secara tidak langsung ia memberi kepuasan untuk anda bekerja hanya dengan menggunakan tablet HUAWEI MatePad Pro 5G.

Jadi faktor itu antara perkara yang dapat memuaskan hati untuk mendapat tablet hebat itu.

Selain itu, tablet ini lengkap dengan teknologi HUAWEI Kirin 990 iaitu prestasi cipset terbaik dengan 5G.

Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong rangkaian teras bukan persendirian (NSA) dan persendirian (SA), ia juga dapat memastikan kestabilan transmisi 5G dan penggunaan tenaga rendah.

Menyentuh mengenai storannya pula, HUAWEI MatePad Pro 5G ini juga memiliki RAM dan ROM terbesar di pasaran iaitu RAM 8GB dan ROM 256GB berbanding jenama lain yang hanya mempunyai RAM 2GB dan ROM 64 GB serta RAM6GB dan 128 ROM.

Lebih hebat lagi, ia adalah tablet pertama di dunia yang menyokong pengecasan tanpa wayar dan membantu mengecas peranti tanpa wayar yang lain selain baterinya tahan sehingga 10 jam lamanya.

Ciri lain yang menarik ialah, ditawarkan HUAWEI Share yang berfungsi sebagai multi-skrin, membantu mencerminkan skrin telefon pintar pada paparan MatePad Pro 5G yang tidak dapat dijumpai pada tablet jenama lain.

Jadi pengguna juga boleh menggunakan lebih daripada satu aplikasi serentak atau membuka banyak paparan dalam satu masa. Ini membolehkan proses pemindahan sebarang maklumat antara keduanya dilakukan dengan lebih mudah.

Bukan setakat itu saja, sistem audionya juga terbaik kerana HUAWEI MatePad Pro 5G ini dilengkapi dengan empat pembesar suara. Diselaraskan oleh Harman Kardon®️ Audio, pengguna dapat menikmati perincian bunyi yang jelas dan kuat.

Apalagi yang ditawarkan oleh HUAWEI MatePad Pro 5G?

Tablet ini juga disokong dengan HUAWEI MeeTime bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video antara tablet dan telefon bimbit berdefinisi tinggi (HD).

Lebih menarik lagi, tablet ini juga mampu ditukar kepada mod komputer kerana ia boleh digunakan bersama dengan papan kekunci dan M-pensil untuk memastikan tugasan anda lebih efektif.

Selain itu, dengan setiap pembelian papan kekunci yang berharga RM449 ini, anda akan menerima M-Pensil secara percuma beserta akses premium HUAWEI Video yang membolehkan anda melayari 300 video untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu yang dibimbing oleh 22 pakar.

Sebagai perbandingan, sila rujuk jadual dibawah.

Dapatkan HUAWEI MatePad Pro 5G untuk anda pada harga RM3,299 di sini: https://bit.ly/39kYfH0

Bagi pengguna telefon pintar HUAWEI, dapatkan HUAWEI Video App yang eksklusif di sini: https://bit.ly/2WN7lqT

Bagi pengguna telefon pintar berjenama lain, anda boleh mendapatkan HUAWEI Video App disini: https://bit.ly/3juPRti

For more information on the HUAWEI MatePad Pro 5G, visit https://consumer.huawei.com/en/tablets/matepad-pro-5g/.

Berita Harian X