Rabu, 11 March 2020 | 1:07pm
PENGASAS DDR Bio Grow, Dr Rozmey bersama petani tanaman cili.
PENGASAS DDR Bio Grow, Dr Rozmey bersama petani tanaman cili.

Baja DDR tingkat hasil pertanian

SUNGAI PETANI: Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan awal tahun lalu, baja organik DDR Bio Grow semakin menjadi pilihan petani khususnya petani tanaman padi.

Formula yang diperkenalkan oleh usahawan produk kesihatan terkenal pada satu ketika dahulu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din kini mencetus fenomena luar biasa dalam industri padi negara.

Mana tidaknya, baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 80 peratus kepada 3.55 tan daripada 0.3 hektar (1 relung) semusim.

Berbanding sebelum ini, hasil padi kurang 1.8 tan semusim.

Hasil diperolehi petani ini bersamaan dengan 12 tan untuk 1 hektar seterusnya ia melepasi sasaran industri padi beras negara yang mana 10 tan untuk 1 hektar sawah di Kedah dan Perlis.

Ternyata, keputusan beralih ke bidang pertanian membuahkan hasil apabila ia berjaya membantu mentransformasikan pengurusan padi di negara ini, sekali gus meningkatkan hasil pendapatan pendapatan pesawah.

Mengulas mengenai kelebihan baja organik itu, Dr Rozmey berkata, baja ini kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah, kaya dengan PGR (plant growth regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan dan memperbaiki hasil tanaman serta meningkatkan hasil tanaman daripada 30 peratus hingga 100 peratus.

“Selain itu, baja ini turut mengandungi hasil lautan iaitu kitosan dan rumpai laut sebagai pendorong pembesaran dengan meningkatkan pemecahan sel-sel tumbuhan bagi merangsang pertumbuhan dan pembesaran lebih baik selain mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis.

“Pertahanan dan sistem imunisasi tumbuhan dengan memperbaiki keupayaan daya pertahanan terhadap jangkitan kuman dan serangan serangga serta penggalak tumbuhan dan perkembangan hasil buah dengan peningkatan keupayaan serapan unsur nutrien dalam tanaman.

“Selain itu, ia juga merawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil. Ia juga mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

Beliau berkata, menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik.

“Ia memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat,” katanya.

Selain tanaman padi, Dr Rozmey berkata, baja DDR Bio Grow juga sesuai untuk semua jenis tanaman pertanian.

Katanya, pengunaan baja DDR terbukti dapat menjimatkan kos baja bersepadu sebanyak 40 peratus dan petani kini bebas daripada penggunaan racun kimia dan bebas dari serangan pelbagai penyakit tanaman.

“Ia juga termasuk penjimatan wang daripada penggunaan racun kimia dan penjimatan baja kimia.

“1 relung (0.3 hektar) untuk empat kali semburan, 400 ml untuk rawatan tanah, 200 ml untuk 15 hari selepas tabur benih, 400 ml untuk 35 hari dan 80 hari, kos bagi satu musim tanaman padi hanya RM64 dengan keajaiban hasil padi meningkat, kos baja jimat dan bebas dari pengunaan racun kimia dan ancaman makhluk perosak tanaman,” katanya.

Mengimbas detik awal menceburi bidang pertanian, beliau berkata, idea menghasilkan produk baja tercetus ketika melihat sektor pertanian berdepan masalah kurang hasil dan serangan makhluk perosak berulang.

Melihat kepada permasalahan itu, Dr Rozmey bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian.

“Kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pemba­­ngunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini,” katanya. DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter (RM65) dan 4 liter pada harga RM199.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X