X
Jumaat, 29 Mei 2020 | 5:39pm
OpenAcademy App mampu membantu anda dalam dunia pemasaran digital
OpenAcademy App mampu membantu anda dalam dunia pemasaran digital

Tiada ilmu digital, tapi mahu buat bisnes atas talian?

PEMILIK bisnes kini perlu bersikap lebih proaktif dalam membuat transformasi digital untuk menyesuaikan perniagaan mereka dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pemasaran digital yang bersesuaian dengan produk masing-masing.

Oleh itu, OpenAcademy ingin membantu anda yang mahukan ilmu digital untuk diadaptasi di dalam perniagaan anda!

Pengenalan kepada OpenAcademy App

ImageOpenAcademy App mudah diakses oleh pengguna

OpenAcademy telah melancarkan OpenAcademy App iaitu platform dalam talian bagi program permulaan untuk pemasaran digital.

Kandungannya yang ringkas tetapi padat akan memudahkan ia untuk difahami oleh pengguna yang baru ingin menceburi dunia pemasaran digital.

Malah, anda boleh mengakses OpenAcademy App menerusi telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat enam topik dan sehingga 50 video pendek yang dibincangkan dalam perkara asas pemasaran digital.

Antara topik yang disertakan adalah mitos mengenai pemasaran digital, cara mendapatkan pelanggan dalam talian, perbincangan topik SEO (Search Engine Optimization) dan tips mencipta kandungan berkualiti. 

Lebih menarik lagi, OpenAcademy App mempunyai lebih daripada 200 kandungan bertulis merangkumi petikan, hasil tinjauan dan fakta yang disampaikan oleh individu berpengalaman daripada pelbagai jenama di rantau ini.

Dapatkan harga promosi sekarang!

Untuk tempoh masa yang terhad, OpenAcademy menawarkan harga promosi bagi pakej permulaan pemasaran digital buat anda iaitu RM99 sahaja daripada harga asal iaitu RM249. Anda hanya perlu menggunakan kod STARTDM99 untuk mendapatkan harga promosi ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai OpenAcademy, anda boleh layari laman sesawang OpenAcademy ataupun ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram.

Berita Harian X