Rabu, 14 Februari 2018 | 7:08am

23 maut bas, trak bertembung di Nigeria

KANO, Nigeria: Seramai 22 pelajar dan pemandu bas maut, selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di utara Nigeria, semalam.

Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC), Kabiru Daura ketika memberitahu AFP, berkata semua mangsa adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Bauchi.

Sewaktu kejadian, mereka sedang dalam perjalanan untuk mengadakan lawatan ke Kano, apabila pemandu bas hilang kawalan ketika cuba mengelak lubang.

"Semua 22 pelajar dan pemandu bas maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi pelajar mengalami kecederaan serius.

"Pemandu hilang kawalan lalu bertembung dengan trak terbabit," kata Daura ketika mengulas mengenai kemalangan di Gaya, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini.

Kemalangan sering berlaku di Nigeria berikutan keadaan jalan raya yang kurang baik, selain tabiat suka memandu laju dan secara berbahaya serta membawa muatan berlebihan. - AFP

140 dibaca
Berita Harian X